Wednesday, January 13, 2010

~jOM BerkongSi~

Salam...
saz nk berkongsi ckit tuk teman2...pernah dngr x "Ilmu al-Ihsoiyyah"?mungkin ade yg dah tau@ad yg xtau dan mgkin gk dh tau cume lupe...kelupaan itu satu kebiasaan bagi insan yang bergelar manusia...arini jm kita kongsikan bersama tentang "ilmu ihsoiyyah"


Firman Allah :Maksudnya :
"Dan Kami turunkan kepada engkau peringatan (al-Quran) supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka semoga mereka mahu memikirkannya".
(Surah an-Nahl : 44)

Al-Quran mengandungi ilmu yang amat tinggi dan luas.Masih banyak lagi ilmu yang perlu digali dan dicari.Amatlah beruntung bagi sesiapa yang mengambil sebanyak mungkin ilmu yang terkandung di dalamnya.Oleh itu amatllah disarankan bagi kita orang Ajam agar membaca al-Quran dengan memahami makna yang terkandung di dalamnya dan mendalami sepenuhnya.

biasenye kita hanya membaca al-Quran dengan mengetahui tafsirnya, namun sebenarnya kita lupa tentang sesuatu yang kita perlu tau terutama bagi kita yang bakal ustz & ustzah..ilmu ini boleh kita jadikan set induksi sebelum memulakan pengajaran al-quran..saz pun baru arini tau mase menghadiri kuliah hafazan al-Quran. Bagi saz ia satu ilmu yang sangat penting tuk kita ketahui & ingati. Ilmu Ihsoiyyah cam pendetelan al-quran cntohnye apa yang saz beljr arini tentg bil juz,rubu',surah,ayat,kalimah, huruf dan titik..bilanganya sebagaimana di bawah :

Al-Quran mengandungi :

- 30 juz
-60 hizb ( kumpulan cerita)
-240 rubu' (bahagian al-quran)
-114 surah
-6236 ayat
-77 437 kalimah
-323 671 huruf
-150 681 titik

Bilangan setiap huruf Al-Quran :

alif -48 800
hamzah- 28 718
ba'-11 302
ta'- 10 199
tha- 1276
jim- 3273
ha- 3390
kha- 2416
dal-5642
zal- 4699
ra- 11 793
zai- 1570
sin- 5890
shin- 2253
sod- 1180
dho'- 2293
tha-3174
zho- 842
'ain- 920
ghin- 2208
fa- 8499
qaf- 6813
kaf- 10 384
lam- 33522
mim- 26 565
nun- 36 354
ha'- 19 070
waw- 26 565
lam alif- 499
ya- 25 099

marilah sama2 kita dalami dengan teliti (al-Quran) bukan sekadar membaca sahaja. sesungguhnya al-Quran itu dapat melindungi kita dari syaitan yang direjam. Allah mengesa masyarakat Islam agar berusaha mendalami ilmu pengetahuan kerana dengan ilmulah kita dapat menyuluh kegelapan.Bahkan ada sebahagian ulama yang berpendapat ayat yang pertama diturunkan adalah ayat dari Surah al-Alaq yang menyeru kita mencari ilmu dengan cara membaca. Ilmu juga dapat membimbing kita mengkaji tentang kemuliaan dan keistimewaan al-Quran.
Maksudnya :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha pemurah,yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".
(Surah Al-Alaq : 4-5)

ckp sekadr ini je ye...moga dpt membri manfaat berguna buat tmn2..Insyaallah..:)

0 comments: