Monday, August 24, 2009

~Tidak ku sangka~

Tatkala tangan ini gagah mengedit assgment...
jAM menandakan pukul 12..
tibe2 hnset di sebelah berbunyi menandakan satu msg masuk...

Aku membaca msg itu terus terperanjAt...

Mulakan harimu dengan sebuah senyuman yang menawan,

lapangkan dadamu dengan selawat dan salam buat Rasul junjungan,
Nabi Muhammad s.a.w..

Harungi setiap ujian dan musibah yang datang dari Allah dengan tenang
dan sentiasa redhainya..

Hepy Besday !!

tIDAk ku sangka..rupanye cempedak udah jadi nangKa..hehe
Hari ni hari lahir ku...

Selepas msg kiriman Adik Saz..
bertalu2 msg dari sahabat2 sehingga la keesokannYA..

Aku termenung sejenak...
Mata mula bergenang...
Ntah kenapa ?
Hati bergelodak duKA...
Bukankah setiap insan itu gembira dengan kehadiran hari lahir..
Walaupun diriKu juga..

Namun...
Mengingatkan ku pada satu hadis Rasulullah s.a.w yang pernah ku baca pada blog Ustazah..

Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat nanti sehingga kepadanya ditanya tentang lima perkara:

1. Tentang umurnya ke mana dia habiskan
2. Tentang masa mudanya ke mana dia pergunakan
3. Tentang hartanya dari mana dia perolehi
4. Dan ke mana ia belanjakan
5. Tentang ilmunya apakah yang dia amalkan.

(Hukum hadith: Sahih)

~hati mula berkata2..Adakah diri ini telah melengkapi kelima perkara itu ke arah kebaiKaN??sUKAR untuk ku tafsirKAN...hANya DIA
penentu segalanya..
~Aku mengharapkan hari2 yang kulalui ini kebaikan mengatasi keburukan..
moga setiap detik,saat,minit,jam yang berLalu...
meningggaLkan satu manfaaT bagiKU...
~Bukan hadiah yang kuharapkan...
~Bukan emas permata kuinginkan...
~Dari mereka yang mengingatI hari ini...

NaMUn>>>

Cukuplah sekadar hadiahi untuKku...Al-fatihah..
sebagai tanda pujIAn buat TUHAN yang ESA..
yang masih memberi peluang diri ini bernafas..
untuK menyusuri dunia-NYA...

uMUR tidaK berkurang
Masa laju Berjalan
Harta menjadi carian
Ilmu yang ku dambakan

`BUAT sahabat2 seMua syukran kerana mengingaTI..
mOGA doa2 kalian pintu kemudahan untuKku..
menjalani hari-hari mendatang...UHIBBUKUM..

Sunday, August 23, 2009

~Tak Nak Puasa!!~

~~Bercadang untuk tidak berpuasa~~
Kisah ini dipetik dari ILUV ISLAM..min uSTAZ Hasrizal...JoM kita sama2 baca dan renungi..janganlah sekali2 kita cuba untuk tidak berpuasa ye...sedangkan sudah kita ketahui besarnya pahala puasa itu...baca jangan x baca...hehe

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai sahabat2, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA...
Nak jadi orang ber"TAQWA"...mestilah kita lakukan dua perkara yakni 'TAAT' kepada perintah ALLAH dan juga kita menghindari dari maksiat..iaitu maksiat zahir dan batin...Marilah sama2 kita sucikan hati dengan melakukan kebaikan lebih2 lagi dibulan yang RAMADHAN yang mulia ini...

Friday, August 21, 2009

~Puasa~

~sELAmat berpuasa buat semua~MOGA Ramadhan kali ini dipenuhi dengan RAHMAT DAN MAQFIRAH DARINYA...Jom!!!sama2 kita hidupkan bulan ramadhan yang mulia ini "Amar Ma'ruf Nahi Munkar"Jangan lupa g solat terawih ye sahabat2...

Thursday, August 20, 2009

~Setitis Embun di mata~




Tangan ini masih mampu menaip walaupun mata sudah mula berkelip2...
menandakan tibenya waktu untukku beradu...

Ditemani hujan yang lebat...
kedinginan yang menyelimuti diri...
membuatkan mata ini sukar untuk ditutupi...

Satu persoalan yang belum kutemui penyelesaiannye..
masih bermain2 di segenap akalku..
bila ia akan berakhir..
bUkan aku penentu jawapannya..

Mata ini hanya mampu menangis..
bila hati berbicara tentangnya..
Mulut hanya mampu berdoa..
Memohon pada yang ESA..

Ya Allah...Ya Rahman..YA Rahim..

Aku ingin menjadi sebaik2 hamba disisiMU..
TIDAK mengeluh dengan ujianMU..
menghadapinya dengan tabah..
menerimanya dengan sabar..

Ya Allah...
Mana yang terbek untukku..
Engkau penentu buatku..

Ya Allah
Engkau peneman tangisanku..
Saat senang dan susahku..
Aku sentiasa merinduiMU..

~Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tamim Bilkhair~


*Semoga ALLAH SWT menjadikan airmata yang jatuh di sudut-sudut mata kita
adalah airmata yang berharga di sudut pandangan-NYA*

Tuesday, August 18, 2009

~Membilang Hari...~






Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

MARILAH KITA SAMA-SAMA ISIKAN RAMADHAN INI DENGAN ALUNAN ZKIR2,AYAT SUCI AL-QURAN SERTA MEMPERBANYAKKAN AMALAN-AMALAN KEBAJIKAN...SESUNGGUHNYA RAMADHAN ITU PENUH DENGAN KEMULIAAN...

Friday, August 14, 2009

~Menanti Hari EsoK~

Hari ap sebenarnye...? Mesti sahabat semua tertunggu2 tbenye hari esoK...knp ngan Esok?haa!!!Nk tau ye..esoklah berlangsungnye kejohanan badminton PIPAQ...bukan Li Chong Wei je leh men badminton...ustaz ngan ustazah pen leh men gak...hehe..Setelah 2 minggu group badminton yang merupakan group pertama bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja yang mana juga dibantu oleh Penyelaras kursus Dr.Izham UNTUK mengendalikan pertandingan badminton terbuka PIPAQ...akhirnye...soklah penentu bagi kami.Alhamdulillah sepanjang meeting diadakan masing2 memberi kerjasama dengan sebaiknye dan melakukan tugasan-tugasan yang diamanahkan dengan jayanya..Saz berharap pertandingan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kesalahfahaman antara group2...adat bertanding ada menang dan ada kalah...moga semua group yang terlibat( futsal,bola jaring,sukaneka dan persembahan) dapat melakukan yang terbeK dan memberi kerjasama kepada group kami yang mengendali kejohanan esoK...:)..

antara gambar2 sewaktu meeting diadakan...



P/S BUAT GROUP BADMINTON```

tunjukkan kesungguhan, kesepaduan kumpulan kita..buat yang terbeK..EsOK penentu Kejayaan kita bersama...Moga Allah merahmati majlis kejohanan esok...Apa yang penting? KERJASAMA...HEHE


~BADMINTON MENJANA MINDA PENDIDIK~

Thursday, August 13, 2009

~Takziah~

Bismillah...

Setiap manusia yang hidup pasti akan mati...
Cume ble? hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI...
Jangan kita menangisi mereka yang telah pergi...
Kerna kita juga akan menyusuri...

Dunia hanya persinggahan diri...
Ukhrawi tempat kita kembali...
Hanya amalan pembekal diri...
Untuk merebut Syurga ILAHI...

..Ucapan takziah buat keluarga Allahyarhan Asri..(solo kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia)...Moga rohnye dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wata'ala...Al-FATIHAH...

Saturday, August 8, 2009

~ Uhibbukum~

Bismillah pembuka bicara...

Bile ku terbaca satu "POEM"..poem k ap?ntahla...ikutla pape pun yerk..hehe:)
Bile ku fahami maksdnye...
Buat ku terkenangkan si DIA yang ku rindui...ku sayangi...
Di malam yang sunyi ini...tatkala mata mula ditutupi...
Fikiran jauh menerawang...
Hati mula terdetik...
'Alangkah indahnya jika waktu itu akan kembali?...
~Wajah2 mereka ku ratapi...mengisi kerinduan di hati...
Ya Rabbi***

Walau jauh kami susuri...
walau laut pemisah diri...
Engkau penyatu hati kami...
Engkau penghubung jarak kami...
Tidak sesakali mereka kulupai...
Doaku sentiasa mengiringi...
Buat pelajar yang ku ingati...

~Ana Uhibbukum~

~Apa yang difikirkan?...

Fikir?apa yang dimaksudkan dengan fikir?tau k....erm...ntahla...nak cakap apa sebenarnye...fikir lagi..Ya Allah...

Tahukah teman2 ? Allah mengurniakan akal pada kita untuk berfikir setiap tindakan yang kita lakukan...supaya apa yang kita laksanakan itu sesuatu yang memberi kebaikan pada kita dunia & akhirat...

Apa yang selalu Saz ingatkan pada diri ini...jangan sekali-kali mengeluh bile buat sesuatu... "buzy"? biasela nama lagi "Tholibah " memang xblh lari dengan amanah2 yang perlu dipikul..tul x teman2...sebenarnye x buzy pun..saje je beratkan kepala duk pk...huhu...

Lupakan sal tu..ermm...
Bab 2..eh2!!siap ade bab lak..hehe

Bercakap tentang tesis lak...Supervisor dah dapat dah.
Fisrt2 Saz xknl pun sape sebenarnye PROF DR. DATIN AMLAH...XPERNAH MENGAJAR sAZ..
takut jgk sbb xtau ye jenis yg cmne..
nak tau kn lah jmp dlu.." xknl maka xbenci" tul k istilah tu..hehe..pape la
Hmmm..rupe2nye bile dah jumpe..Alhamdulillah sangat sporting orgnye...tesis yang SAZ kn buat hanyalah berdasarkan projek supervisor saz ..tajuk pn ye yg bg..dnampak cam xsusah sbb soal selidik dh ada cume perLu mencari responden shje..tugasan lain lak kn bace 5 tesis n buat ringkasan berdasarkan tesis tersebut...Itulah kisahnye...Insyaallah moga dipermudahkan...

TeMAN2 yang lain camne...dh jmpe SUPERVISOR LUM?
pandai2 la menambat hati suprvsr ye...hehe

Pesanan buat teman2..walaupun sesibuk mane kite, walaupun Kerja bertimbun, walaupun fikiran seberat batu ..hanya satu yang sama2 kite perlu INGAT! ALLAH sentiasa memerhati kite...Ingatilah "DIA" setiap kali melaksanakan tugasan2 yang diamanahkan...Sesungguhnya DIALAH yang dapat memudahkan perjalanan urusan KITE...


Thursday, August 6, 2009

Nak g lagi....bile Ye...

Satu hari yang bermakna buat diriku n sahabat-sahabat...
Tiada apa yang nak dikongsikan buat teman2 semua...cume nak bgatau bestttt sangat picnic kt Sungai Gabai.hehe..ALHAMDULILLAH...sekian lama apa yang kami rancang akhirnya diizinkan Allah...Segala kepenatan yang kami lalui telah berlalu melalui kejernihan air yang mengalir menyusuri batu-batu dan lambaian angin kesejukan di sana...Alangkah terpesonanya diriku melihat alam ciptaan Allah..Sungguh Indah, tidak terungkap dek kata, hanya lidah mengalunkan zikir ~SUBHANALLAH~begitulah yang dapat ku ukirkan di skrin ini...Jom bersama-sama kita renungi & hayati gambar ini...buat teman2 yang lum pergi..tgk gambar ni pun dh cukup untuk menggambarkan keseronokan dan keindahannya..hehe




Ini pula antara makanan kami di sana...best taU...Ayam BBQ Lada Hitam...Very Delicious...hihi