Saturday, March 28, 2009

Tidak tercapai dek akalku...

Tepat jam 12.30,...mataku terpandang pada jarum yang bergerak...memikirkan jarum bergerak terlalu pantas menunjukkan masa berlalu begitu cepat...sepanjang dua hari duk menterjemah teks arab...memang memeningkan kepalaku...xsiap2 lagi...nampak je senang rupanya memerlukan pemahaman yang teliti ibarat mencari mutiara di dasar lautan...tidak ku sangka betapa tingginya bahasa Dr.Yusuf Qardhowi...memang berbelit2...huhu...tidak tercapai dek akal...

Bila terjemah word by word lagi pening...setakat ni xfaham lagi apa sebenarnya Dr.Yusuf Qardhowi nak sampaikan...aduh....memang seorang Dr. yang hebat...tajuk bukunya pun membuatkan kita tertanya2..(اين الخلل)DI MANA KECACATAN..cacat apa yang syeikh itu mahu jelaskan...huhu

aku melihat ayat, perkataan, frasa ayat, kedudukan i'rab, tapi apa sebenarnya maksud di sebalik ayat-ayat yang teramat tinggi itu?...tingginya pengetahuan, pengamatan, untuk aku menterjemahkan hasil karya beliau...memang xtercapai dek akal tapi kena capai gak kalu x xkan tercapai...btul x kwn2?...nak tahu cerita lebih lanjut apa-apa pun kita tengoklah sambungan entry ini nanti...cayyok2...Allahu Akbar!!!!

P/S : Buat sahabat2 yang ingin sama2 menuntut ilmu mengenai karya ini( sama2 menterjemah)hubungi saya..:)hehe

Wednesday, March 25, 2009

Bila Al-Quran Mula Bersuara

Wahai sahabat-sahabat...bila difikir dan direnung dan bila ditanya...apakah petunjuk yang paling utama bagi kita umat Nabi Muhammad SAW...?

Jawapan yang akan kita lafazkan sudah tentulah Al-Quran Al-Karim...yang mana telah dwahyukan Allah untuk Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepada kita sebagai petunjuk dalam melayari kehidupan DUNIA yang penuh dengan pancaroba-pancaroba...dan perlulah kita ingat bahawa tidak akan lahir umat selain daripada kita yakni umat Nabi Muhammad SAW...

Oleh itu, jadikanlah Al-Quran itu sebagai panduan kita dalam melakukan setiap perkara kerna di dalamnya merangkumi semua perkara yakni dari sekecil2 sehinggalah sebesar perkara dan dari seringan2 sehinggalah seberat2 perkara...



Waktu engkau masih kanak-kanak,kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari.Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang,engkau telah dewasa…Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.Waktupun cepat berlalu……

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…kubur yang setia menunggu mu…Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali… Baca dan pelajari lagi Aku…Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu.Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

p/s : Ingatlah Tiada Petunjuk Benar sebagai pegangan kita melainkan sebuah AL-QURAN...:)Marilah sama2 kita jadikan teman bacaan kita dalam setiap waktu,jam,minit,saat dan detik...hayatilah maksud2 kalam ALLAH di dalamnya...Moga kita mendapat keredhaan dari Tuhan melalui pembacaan dan pengamalannya...

Tuesday, March 24, 2009

Diri ini seorang Tholibah

Ingatanku teringat pada kelas tutorial kajian teks arab pagi tadi...hari ini hanya dua orang yang membentang tugasan yang diamanahkan...Disebabkan tugasan yang kurang lengkap yang dibentangkan oleh sahabat2 saya tadi menyebabkan waktu yang selebihnya diisi dengan sedikit coretan ilmiah oleh ustaz...kata-kata ustaz tadi masih tergiang-giang dimindaku.

Ustaz bukanlah marah tapi sekadar menegur ketidakprihatinan pelajarnya...setiap teguran yang diucapkan ustaz memberi seribu erti padaku...lebih kurang kata2 ustaz Harun tadi " bila melakukan sesuatu kerja biarlah untuk kepuasan diri kita dan apa yang kita sampaikan biarlah dapat memri manfaat kepada sahabat-sahabat yang lain"

kata ustaz lagi " sibuk bukan alasan tidak dapat siapkan assgment dengan sebaik-baiknya " ustaz cakap, ustaz dulu pun sibuk dan pernah berada di tempat kamu sekarang...sesibuk mana pun kita jangan sampaikan pembelajaran kita terjejas...

kata2 ustaz masih bermain dimindaku...
- kita bukan atlit yang sibuk di padang
- kita bukan ahli politik yang sibuk berpolitik
- kita bukan ahli ekonomi yang sibuk memikirkan ekonomi dunia
TETAPI kita adalah THOLIB yang perlu merebut peluang dan mengisi masa dengan ilmu...

Ada seorang sahabat ustaz berkata " aku baca buku ketika aku mempunyai anak tidak sehebat aku baca buku ketika di campus "

Setiap kata-kata ustaz melahirkan satu semangat dalam diriku..
Hati kecil ini berkobar-kobar untuk cuba dan terus mendalami ilmu-ilmu yang ada...
Bila difikirkan terlalu sedikit ilmuku ibarat timbunan pasir yang dihanyut ombak...
Dengan waktu yang masih tinggal setahun lagi mampukah aku untuk merebut peluang yang terbentang luas ini...moga dipermudahkan..

Sebagaimana yang disebut ustaz..kehidupan ini hanya ada tiga...
- sudah lepas..masa yang tidak mgkn akan kembali
- sekarang.. yang sedang lalui
- akan datang.. belum tentu masa sekarang akan tiba pada masa akan datang..

Betapa besarnya tanggungjawab seorang pelajar...
Makin membara semangatku untuk belajar...rasa macam x cukup lagi ilmu untukku sampaikan pada bakal anak2 muridku nanti...rasa nak belajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je...
mungkin sahabat-sahabat juga merasai apa yang saya rasa...
Saya sentiasa ingatkan pada diri yang kerdil ini...peluang yang ada ini tidak mungkin akan datang lagi...Insyaallah akan saya cuba sedaya upaya untuk menjadi THOLIBAH yang berjaya DUNIA & AKHIRAT...Semoga sentiasa dipayungi RAHMAT ALLAH...Amin...........

Sunday, March 22, 2009

Baca dan renungi....

WASIAT IMAM SYAFI’E

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi’e rahimahullah


1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu
26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang
27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya
31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas

Cintailah ILahi



Keluhan orang bercinta membuat kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

1. Mengapa aku diuji sehebat begini?

Kata Quran
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. Kenapa orang yang aku idam-idamkan tidak dapat kumiliki?

Kata Quran
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

3. Kenapa seberat ini ujian perhubungan ini?

Kata Quran
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

4. Kenapa aku selalu menghadapi tekanan dalam perhubungan?

Kata Quran
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

5. Bagaimana aku harus hadapinya?

Kata Quran
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

6. Bagaimana aku harus hadapinya?

Kata Quran
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

7. Apa yang aku dapat dari semua kegagalan ini

Kata Quran
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."- Surah At-Taubah ayat 111

8. Siapalah lagi boleh aku harapkan?

Kata Quran
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain darinya. Hanya kepadanya aku bertawakal." - Surah At-Taubah ayat 129

9. Tetapi aku tidak tahan hendak berada dalam keadaan ini?

Kata Quran
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Sedarkan diri ini...
Artikel di atas banyak mengajarku erti ujian...
Betapa besarnya peranan kita sebagai makhluknya...
Betapa kerdilnya kita disisinya...

Sedarkan diri ini...
Tiada Cinta yang Agung selain Cinta dari-Nya
Tiada Rindu yang manis semanis Rindu-Nya
Tiada Sayang yang menggunung Selain Sayang dari-Nya...
Moga diri ini mendapat Cinta,Rindu dan Sayang dari-Nya...

Sedarkan diri ini...
Ya Allah, Tabahkanlah diriku
Ya,Allah teguhkan iman didadaku
Ya Allah sinarilah hidupku dengan cahaya petunjuk darimu
Moga sinar kebahagian akan menerangi malam dan siangku...
Jadikan kesabaran kekal bertapak dalam hati dan sanubariku..

Monday, March 16, 2009

Debaran Praktikum...

Alhamdulillah saat dinanti makin tiba...debaran dihati makin terasa...rasa nak demam pun ada...huhu...sebelum dapat tau praktikel kt mana, masing-masing cbuk nak tau termasuk lah aku...bila dah keluar macam-macam lak duk pikir...mula-mula dapat tau dapat sek.men tasik permai, Ampang..tu pun kawan2 yang bagitau..tuan sdiri x tengok pun..xkisah la mana2 pun...janji ada kawan...tiba-tiba kawan yang lain kol lak cakap dapat sek hamidiah kajang...aik! mana satu ni...rupa-rupanya nama aku tersenarai di buah sek..dr. suh la wak pilihan ...semestinya lah pilih hamidiah kajang dekat ngan rumah kakak dan nadia pun dapat sek sama gak...duahati duajiwa ngoh...heheh...tapi dengar ura2 lak xconfirm ag result tu...ntahla...dalam dunia ni tiada apa yang sempurna ..tunggu la camne nanti...fening pikir...:)

Thursday, March 12, 2009

Tanda-tanda Cinta Allah Taala



Allah Ta'ala berfirman : "Katakanlah: "Bila sekalian (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosamu" , Allah adalah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Ali Imran, 3 : 31 )

Hadith dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawasanya Allah Ta'ala berfirman : " Barangsiapa yang memusuhi kekasihku maka Aku menyatakan perang kepadanya. Sesuatu yang Kusukai daripada apa yang dikerjakan oleh hamba-Ku untuku bila mendekatkan diri kepada-Ku iaitu bila mengerjakkan apa yang Kuwajibkan kepadanya. Seseorang itu akan sellau mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan kesunahan-kesunahan sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku merupakan pendengaran yang ia pergunakan untuk mendengarnya, Aku merupakan penglihatan yang ia pergunakan untuk melihatnya, Aku merupakan tangan untuk menyerangnya dan Aku merupakan kaki yang ia pergunakan untuk berjalan. Seandainya ia bermohon kepada-Ku pasti Aku akan mengabulkannya dan seandainya ia berlindung diri kepada-Ku Aku akan melindunginya."
( Riwayat Bukhari )

Dari 'Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah saw. mengutus seseorang untuk mengimami solat pada suatu pasukan. Di dalam mengimami solat itu ia selalu menutup bacaannya dengan ucapan: "Qul huwallaahu ahad". Ketika pulang, mereka menceritakan hal demikian itu kepada Rasulullah saw.,kemudian beliau bersabda : " Tanyalah kamu sekalian kepadanya kenapa ia berbuat demikian?" Maka mereka pun menanyakannya dan orang itu menjawab : "Kerana ayat itu mengandung sifat Dzat Yang Maha Pemurah, maka saya senang membacanya". Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Beritakanlah kepadanya bahawa Allah Ta'ala mencintai dirinya."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Mahukah kita dicintai-Nya ?
Jika ditanya begitu semestinya jawapan "YA"
Cuba kita renungkan kembali adakah kita betul-betul mencintai-Nya..
Sesungguhnya tiada
CINTA yang lebih indah melainkan CINTA-NYA
Fahamilah Kalam Allah dan Hadith di atas untuk kita merebut CINTA-NYA...

CINTA yang sejati hanya cinta kan Ilahi
CINTA ayah bonda tulus suci selamannya
CINTA saudara masa berada hanya sementara
CINTA sesama insan suburkan dengan ketaqwaan


Wednesday, March 11, 2009

Sedih tapi Gembira...

Setiap manusia ciptaannya akan melalui saat kesedihan dan juga kegembiraan...begitu juga diriku...huhuh...kusangkakan baik rupanya rosak. Sedih yang teramat...Tuhan sajalah yang tau...Aku terima dan redha...sedih macam kehilangan barang berharga lak?hehe..memang sedih sangat2...wyerless laptop xleh baiki...kalu nak baiki kos dalam seribu...huh2...aduh!mahal sangat...
Akhirnya beli jugak USB Adapter...Alhamdulillah dapat guna gak...
Ingatlah! teman-teman setiap uijan itu ada penawarnya...Sesungguhnya kegembiraan itu akan datang apabila dirajai kesabaran...
Inilah dinamakan lumrah hidup,, setiap benda kepunyaan kita tidaklah milik kita yang hak dan ia tidak akan kekal....begitu juga makhluk bernyawa...

Tuesday, March 10, 2009

Tiada Pudarnya...

RENUNGILAH WAHAI SAHABATKU...
HADIRNYA TIADA PUDAR

Ilmu adalah pelita hidup

Dikala Kegelapan...

Petunjuk di waktu Kesusahan...

Pembimbing Menuju Kejayaan...

Mencarinya memerlukan kesabaran...

Beramal dengannya membawa Kebaikan...

Itulah dinamakan Perjuangan...

Bak kata pepatah:
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah

Pentingnya kesabaran dalam menuntutnya sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu itu"
( Ali Imran, 3 : 200 )

Apa yang aku perolehi hari ini mengajar aku erti kesabaran
Betapa luasnya ilmu Allah sehingga tidak aku menggapainya
Semakin dipelajari semakin banyak tidak kuketahui
Mampukah untuk kita mengejarnya...
Ayuhlah sahabat-sahabat...
Carilah ILMU
Sebagai bekalan kita menuju ILAHI...

Monday, March 9, 2009

Di mana Cantiknya Seorang Wanita


Wanita Umpama mawar berduri
Pagarilah dan Bajailah ia
..Dengan Ketaqwaan..
Sesungguhnya Kecantikan Abadi
Terletak pada Keelokan
AKHLAH dan Ketinggian ILMU
Bukan Terletak pada
WAJAH dan PAKAIANMU






# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.