Friday, January 22, 2010

~Seminar Tarannum~

Salam pembuka kalam...

Mari Bertarannum!

Saz nak kongsi ngan sahabat2 bagi yang xdapat p'g seminar arini...Alhamdulillah seminar td bertempat di Masjid UKM dr pukul 9-12tgh...ni masjidnya bagi yang xmengenali..hehe..

cume saz p'g lewat sejam coz g tasmi' Al-Quran lu ngan Ustz Asyraf...Alhamdulillah masih sempat tuk menimba ilmu hasil dr seminar tersebut...saz p'g ngan fizah, ceah, sihhah & anis...lupa lak ani sorang ag...kalu xsebut name diorang ni nti marah saz lak...wawawa...Saz ni minat sangat Tarannum ni cume xpandai je...al-maklum la xpernah praktis so xtau bakat yg terpendam tu aktif x...hehee..(perasan sorang..sekadar lagu Bayati, Insyaallah bleh la ckit2...tu pun time bce sdiri...minat ke arah ni masa sekolah rendah lgi..pernah jd wakil sekolah pertandingan tilawah Al-Quran...tp nasib xbek (kalah)...nak wak camne tarannum xtau lagu ap..kui3..masa tu arwah ayah saz yang ajar..lpas tu sampai sekarang xpraktis2..tapi minat saz pd tarannum xpernah pudar walaupun lama tinggal..cume xde peluang tuk belajar dengan lebih mendalam..

sehngga la mse thn/3 amik sbjek tarannum...dapat tau la jenis2 lagu, lenggok lagu & macam2..bagi saz memang bukan senang nak pndai tarannum...tapi hati ni tetap berkobar2 ingin belajar...ia xkan pandai dalam setahun 2 malah sepanjang masa perlu belajar dengan berguru bukan sorang2 baca kt bilik...hehe..bile g seminar arini dengar suara ustaz yang mengajar ( Ustaz Fadhil) hanya mengucap Subahanallah...bukan semua dikurniakan Allah mempunyai bakat bertarannum...namun xsemestinya yang xde bakat xbleh bertarannum...bakat bleh di asah umpama pisau tumpul yang di asah menjadi tajam..tul x?begitulah juga tarannum...tapi sahabat2 nak bertarannum mestilah dengan tajwid & fasohah yang btul..

ap yang dibincangkan dalam seminar td sedikit sebanyak menyemarakkan lagi minat yang ade..Insyaallah..terutama bagi bakal2 ustazah perlu mahir dalam ilmu ni coz mne tau dapat rezeki posting sekolah yang ade KKQ...HA!bersediala...tunggu!!:)
Berdasarkan ap yang ustaz sebut td amalan tarannum ni juga telah warid di dalam hadis-hadis Nabi S.A.W yang menyaran dan menggalakkan supaya bertarannum tatkala membaca al-Quran. Dalilnya ialah;

ليس منا من لم يتغن بالقرءان

Maksudnya : bukan dari kalangan kami iaitu orang yang tidak melagukan al-Quran

tau x ap itu ta'rif tarannum??
*ini dia...ilmu tarannum ditakrifkan sebagai satu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukan bacaan Al-Quran yang meliputi aspek tajwid,fasohah,tarannum dan suara. *Manakala Ilmu Sout atau Suara pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan mengenai pengaplikasian suara dalam bacaan al-Quran merangkumi aspek pengurusan suara, pengolahan suara, penimbangan suara, tobaqat suara, jenis2 suara dan lain2. *Bertarannum atau berlagu bermaksud satu proses bacaan al-Quran yang mempunyai nilai keseniaan yang tinggi yang dihasilkan melalui perantaraan suara dan alunan lagu yang khusus

sekadar yang saz dapat kongsi....nti smbg lg kalau tangan ni rajin menaip..hehe...tengok bawah ade ap?cepat tgk jangan lepaskan peluang anda..kui3


* Ustaz Fadhil


*muslimin & muslimat khusyuk mendengar seminar



*Best x?


*Sempat ag pandang kamera ye...pandang depan ustaz tengah mengajar tu..


* amboi..4orang ustzah ni..asyik nak bergambar je..hehe..jangan marah ye

oklah..ntah bile lak kita akan bersua..ni entry last..kakak nk amik laptop dah...huahuahua...cedih..:(..sabar saz ye..Huhu..SALAM MANIS...

Thursday, January 21, 2010

~Ku Akui Aku Hambanya~

Diciptakanku sebagai makhluk-Nya yang bergelar Insan..Asal usulku telah tersurat....segalanya pada pengetahuan-Nya.."SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENCIPTA SEGALA SESUATU"

Firman Allah S.W.T : Surah Al-Mu'minun ayat:12-14
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging.setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

kusedari betapa Agungnya "DIA"...kini ku bernafas di muka bumiNya...hidup sebagai hamba yang sentiasa mencari keredhaan & perlindungan dariNYA..namun aku hanya insan yang lemah...tanpa pergantungan dari-NYA aku tidak sekuat ini...Ku bersyukur padaMU dengan kekuatan yang Engkau berikan padaku...Ketaqwaan padamu bukan senang untukku...akan ku cuba untuk menjadi insan" TAQWA"pada pandanganMU

Firman Allah, Surah Al-Nisa' : ayat 1 "Wahai manusia ! bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya;dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namanya kamu saling meminta dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."

Al-Quran dan Sunnah peganganku...

Firman Allah ;Surah al-Nisa' : ayat 136 " Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya (Muhammad) dan kepada Kitab (Al-Quran) yang diturunkan kepada rasul-Nya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sungguh, orang itu telah tersesat sangat jauh."

moga ku diberi ketetapan hati & keyakinan yang teguh beramal dengan apa yang Engkau turunkan dalam (Al-Quran) & mengamalkan sunnah rasulMU...

Ku akui..aku insan biasa...
Kepada-Nya ku bergantung...
sujud pada-Nya ketenangan buatku...

MaqfirahMU pengharapanku

ku akui..aku insan biasa...
Al-Quran dan Sunnah peganganku...

untuk kuperolehi petunjukMU...
tika lupa & lalai mengatasi fikiranku...

moga dijauhkan dariku...

ku akui.. aku insan biasa...
taufiq & hidayatMU ku pohon...
kurniakan buatku...
dalam menggapai redhaMU...
sebagai insan ciptaanMU..

ku akui..aku insan biasa...
TAQWA pencarianku...
tanpa mengira malam & siang...
Mampukah kudratku...?
Namun, Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
ku akui..aku insan biasa...



Wednesday, January 20, 2010

~Dh cuba bru tau.Ooo!!~

Salam...pembuka kalam..:)

cter sebeluM pangkor...

ermmm...saz nak cter ckit..bleh x?..bleh la2..bleh ek..hihi
arini saz hadiri latihan absailing kt kolej rahim kajai...latihan ni bukan saje2 buat tp amat penting tuk KBIM DI PANGKOR ,sebenarnya ni latihan kali ke-2 sbb yang pertama saz xdpt ikt coz ade tutorial...lagipun inform lmbat ckit...tu xdpt nk joint...ap yg pasti kali ke-2 ni saz xlepaskan peluang tuk joint...bukannye ap..kalu xp'g cnfirm xtau cmne nak absailing kt pangkor nti...so kenalah cuba dlu kt cni seblm p'g....tul x?

sebelum latihan ini dilakukan, kami diberi penerangan oleh Dr.Tajul ( lecturer p'ddikan sukan)yang sangat bek walaupun nampak cam garang..hehe...kemudian barulah sesi latihan diadakan...memang berdebar la..bukan senang nk buat absailing melainkan ada sifat keberanian & keyakinan dalam diri...saz ni dah la penakut...banyangkanlah nk turun bukit...huh!gayat..malu..macam2 la !!!..k.no la orang pertama yang cuba...tahniah!!bile saz tgk kwn2 leh buat...debaran semakin hilang...tanpa ragu2 saz cuba..hihi.lepas cuba baru tau..OOOO...camni rupanya...hehe..Alhamdulillah selamaT...memang kena beranilah..baru leh buat..

Antara kawan2 yang datang...


Ustazah2 yang berani...hehe..hebat2


wajah-wajah kegerunan...tapi bersemangat waja

kawan2 jangan lupa lak...bukit ni dah tinggi tapi yang kt pangkot lagiiiiiii tinggiii...dah la berbatu...papepun kita sama2 buat yang terbaik...moga KBIM memberi seribu kenangan PIPAQ/4..tadaaaaaaaaaaa

Thursday, January 14, 2010

~Sungai di bawah lautan~

Salam..pembuka bicara...

pernahkah anda lihat sungai di bawah lautan??Subhanaallah!!!bunyi cam pelik tp benar..satu emel yang saz tmer...percaya @ x saksikan photo di bawah :






satu tempat yang bernama Cenote Angelita, Mexico.Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Lihatlah betapa hebatnya ciptaan ALLAH S.W.T

Wednesday, January 13, 2010

~jOM BerkongSi~

Salam...
saz nk berkongsi ckit tuk teman2...pernah dngr x "Ilmu al-Ihsoiyyah"?mungkin ade yg dah tau@ad yg xtau dan mgkin gk dh tau cume lupe...kelupaan itu satu kebiasaan bagi insan yang bergelar manusia...arini jm kita kongsikan bersama tentang "ilmu ihsoiyyah"


Firman Allah :Maksudnya :
"Dan Kami turunkan kepada engkau peringatan (al-Quran) supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka semoga mereka mahu memikirkannya".
(Surah an-Nahl : 44)

Al-Quran mengandungi ilmu yang amat tinggi dan luas.Masih banyak lagi ilmu yang perlu digali dan dicari.Amatlah beruntung bagi sesiapa yang mengambil sebanyak mungkin ilmu yang terkandung di dalamnya.Oleh itu amatllah disarankan bagi kita orang Ajam agar membaca al-Quran dengan memahami makna yang terkandung di dalamnya dan mendalami sepenuhnya.

biasenye kita hanya membaca al-Quran dengan mengetahui tafsirnya, namun sebenarnya kita lupa tentang sesuatu yang kita perlu tau terutama bagi kita yang bakal ustz & ustzah..ilmu ini boleh kita jadikan set induksi sebelum memulakan pengajaran al-quran..saz pun baru arini tau mase menghadiri kuliah hafazan al-Quran. Bagi saz ia satu ilmu yang sangat penting tuk kita ketahui & ingati. Ilmu Ihsoiyyah cam pendetelan al-quran cntohnye apa yang saz beljr arini tentg bil juz,rubu',surah,ayat,kalimah, huruf dan titik..bilanganya sebagaimana di bawah :

Al-Quran mengandungi :

- 30 juz
-60 hizb ( kumpulan cerita)
-240 rubu' (bahagian al-quran)
-114 surah
-6236 ayat
-77 437 kalimah
-323 671 huruf
-150 681 titik

Bilangan setiap huruf Al-Quran :

alif -48 800
hamzah- 28 718
ba'-11 302
ta'- 10 199
tha- 1276
jim- 3273
ha- 3390
kha- 2416
dal-5642
zal- 4699
ra- 11 793
zai- 1570
sin- 5890
shin- 2253
sod- 1180
dho'- 2293
tha-3174
zho- 842
'ain- 920
ghin- 2208
fa- 8499
qaf- 6813
kaf- 10 384
lam- 33522
mim- 26 565
nun- 36 354
ha'- 19 070
waw- 26 565
lam alif- 499
ya- 25 099

marilah sama2 kita dalami dengan teliti (al-Quran) bukan sekadar membaca sahaja. sesungguhnya al-Quran itu dapat melindungi kita dari syaitan yang direjam. Allah mengesa masyarakat Islam agar berusaha mendalami ilmu pengetahuan kerana dengan ilmulah kita dapat menyuluh kegelapan.Bahkan ada sebahagian ulama yang berpendapat ayat yang pertama diturunkan adalah ayat dari Surah al-Alaq yang menyeru kita mencari ilmu dengan cara membaca. Ilmu juga dapat membimbing kita mengkaji tentang kemuliaan dan keistimewaan al-Quran.
Maksudnya :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha pemurah,yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".
(Surah Al-Alaq : 4-5)

ckp sekadr ini je ye...moga dpt membri manfaat berguna buat tmn2..Insyaallah..:)

Monday, January 11, 2010

~Aku vs Mate~

Rasenye baru je isi entry kt blogku...namun disebabkan peperangan yang berlaku antara aku & mate, ruangan ini lagilah mangsanye...tulunnnnnnnn la aku...nk tidurrrrrr...

ermmm...dah 2jm setgh aku berperang,aku tetap kalah dek mate yang xmau reht...huahuahua...hbs 360 pusingan badan tetp same gak...pusing kanan, pusing kiri...ia tidak memberi sedikit pun isyarat untukku..nilah akibat lenakan ia sewaktu pulang dari kuliah petang tadi..sukarlah ia untuk dilenakan untuk malamnye...di tambah plak ngan derungan enjin kereta & moto di jalanan...lagi sukar untuk kulelapkan..

Firman Allah SWT dalam surah an-Naba'

" Kami jadikan tidurmu untuk istirahat(9) dan Kami jadikan malam sebagai pakaian(10)dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan(11)

Jelaslah menunjukkan waktu malam itu dijadikan untuk hambanye berehat..bagi persediaan sepertiga malam...kalaulah waktu sebegini ku belum tidur,mana mungkin aku akan berjaga sepertiga malam...YaAllah lelapkan ia walaupun sekejap..

dah asyik berperang tp tetp kalah...xtau nk wak ap..aku luangkan mase bce buku...biase kalu belek buku ni ngantuk,,,namun keluasannye umpama celikan di waktu siang...masih segar seperti siraman bunga di waktu pagi...Ya Allah...
kenapa & mengapa?...

Memandangkan peperangan ni xsudh2...mse yang ade ni sya nk kongsikan bersame temn2 yang mungkin juga tgh berperang..(tanpa alat tajam)..hihi..

Bagaimana anda atasi kelesuan????

1) Tidur yang cukup
- 5jam sudh memadai untuk anda tidur dari 12.3-5.3pg. mungkin anda sering tidur 8jm sehari, bermkna anda sudh kerugian 3jm sehari. jika anda berusia 24thn, bermakna anda telah kerugian masa emas selama 3thn!fikirkan
2) Tidur sebentar waktu teghri
-bukan cm sya tdur selepas wktu zuhr sampai ptg..cmni la jdnye...hehe..mase yang sesuai ialah seblm waktu zuhur lebih kurag 30-45mnit..dinamakan Qailulah (merupakan sunah Rasulullah s.a.w dengan syarat berniat utk bngn malam hari utk Qiamullail.
3)kerja sokongan
a-kerja utama
b-kerja sokongan yang aktif
sebaik anda merasa lesu,lakukan lah kerja sokongan cthnya: mencari bahan rujukan, susun fail, cakap ngan kawan dll
4) Aktiviti pergerakan
cnthnya: lakukan kerja smbil berdri@ berjln perlahan2
kemas bilik @ dll
5) Lain2 aktiviti
- buat secawan kopi panas
-berwudhuk ngan niat utk menghalau syaitan yang menganggu kita
-membaca Al-Quran( Insyaallah sangat mujarab)
-buat senaman utk regangkan otot2 yang letih..

itu sje tip di malam hari...kembali berperang..jm menunjukkan kul4pg..aku mesti tidurrrr


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

~Kisah KengkaWan~:)

Salam...

bertemu kembali....hehe...
duk saje2 ni...tibe2 je nk menaip...teringat lak waktu berposing ngan kengkawan...aritu datang kuliah awal sangat...org xde amik can la tuk klip!klip!...diorang ni kalu bergambar memang no.1...jangan marah ye...hehe

sebelum tu nk bermadah ckit..:)

Sahabat....
Andai hidup punca perpisahan
Biarlah mati menyambungnya semula
Namun seandainya mati punca perpisahan
Biarlah hidup ini membawa erti yang nyata

Sahabat yang setia bagaikan pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Seiring jalan di kota
Senda gurauan melekat di telinga
Suka dan duka harungi bersama
Setiap masa terpahat di mata

Wahai Sahabatku....:)

bermadah ala kadar je...hehe...
ha! nak cter ckit ..last sem ni...banyak dah berubah...status pun dh bertukar dah..status ap tu? isteri, tunangan & .....ni kisah kengkawanku..



khusyuk btul cik aini tu,,oppss>..puan aini la..hihi..tulis ap tu smpat ag tersenyum...tahniah...tahniah ye..xlme dh tu bergelar ibu...sya lak xsabr...nti leh jd auntie la...

Yang cantik manis kt sebelah tu puan ros kite..Alhamdulillah dh jadi ist3 orang dah..jeles k?bile lak nk ikut jejak aini tu...cpt2 ye...ehhe..papepun Tahniah!!..Semoga berbahagia dunia& akhirat..




ek..sape lak tu?...buat2 xknl lak...hehe
yang 3 orang ni bile lak..? puan aini & puan ros tu dh xsbr tggu nsi minyak...
nampak gaya cik nadia & cik ma'a dlu tu..segera2 ye...hihi...kot2 cik yuyee kite dlu...jangan xbgtau lak...nti xdpt hadiah...kui3

ermmm...nilah kisah kengkawanku...terisi jgk entry... :)

ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار"

Wednesday, January 6, 2010

~TeManKu~

Assalamualikum...pembuka kalam :)

Minggu ni minggu ke-3 di campus...alhamdulillah kelas dah mula seperti biasa..rutin harianku banyak hbskan mase di bilik...memandangkan 4 kuliah aje..berbanding sebelum nie..dulu mase ku diisi dengan mengadap buku2 n lptp...tapi sekarang berada di bilik tanpa laptp agak terase sepinya...hanya bertemankan buku & dinding2 bilik..hehe..banyak pengisian baru yang dibuat..memang boringggg!!!...pada awlnye..namun aku cuba gagahkan diri melakukan sesuatu yang menyeronokkan tuk biarkan keseronokan mengatasi keboringan...sebenrnye bile dfikrkan bnyak je bende yang boleh kite lakukn tnpa adenye lptp...btul x?:)

Aku mencari sesuatu...ngan mase yang ade aku luangkan dengn menghafal al-quran memandangkan sem ni aku mesti hbskan 2 juz..mampukah diri ini????timbul persoklan..dengan keyakinan yang ade akan ku cuba sedaya upaya..."knp orang len dapat hafal 30 juz? sedangkan diriku hanya 2 juz...persokln ini memberi seribu semangat tuk ku cuba khatamkan 2 juz...Insyaallah...moga keyakinan, doa & tawakkal memudahkan penghafalanku dari hari ke hari..

Dengan amalan2 & doa yang ustz ajarkn ..Insyaallah akan ku amalkan...




ha!!!dismping itu jgak...timbul lak minat bace majalh2..tapi bkan majalh mangga..hehe...seblm ni bce je tanpa memiliki...tp sekarang memiliki & bce..hehe...bile tgk kawn bli...saje belek2 trus rase berminat nak memiliki sndiri...bagi saz banyak ilmu yang diterapkan dlm buku tersebut..mgkin antum dh lme memiliki..cume saz je ketinggaln lak...tp xpela...dh mula bli dh...hehe..
suka sngt dngan isu2 yang dikarang & tntang tfsir, muamalat, hadis n banyak ag...nk tau kn lebih lnjut try bli..:)..amt berbaloi la ngan hrga rm9...kulit n isi yang lawa dan memberi faedah tuk semua..hihi...nk tau k buku ap???cube tgk bwh ade x...????



ermm...cari lg..



jangan putus ase..truskan..hehe



ha!!!jumpe jgk akhirnye..JOM PAKAT2 BACE TAMBAHKAN ILMU DI DADA..:) "SOLUSI"
sempena tahun baru...jom kita berhijrah kearh paradigma yang lebih baik...
Ok lah mate pun dh mula kelip2..menandekan isyarat lmpu kuning...tadaaaaa...Wsalam..