Wednesday, September 16, 2009

~Mengisi Kerinduan Hati~

salam sahabat2 ...hmm..dh lme saz xmengisi entry di ruangan blog ni...mungkin dengan kesibukan yang pelbagai..ngan kuliah, tesis yang xsiap2..assgmnt & .......papepun dah menjadi lumrah sebagai hamba Allah yang bergelar "student"...tul x?kalau nk duk saje bek xyah belajar kn?kn??hehe..

*Bulan Puasa*

Nak cter ckit sal bulan pose ni..hanya beberapa hari lagi akan meninggalkan kita...saz sedih sngt..lum tentu lagi ramadhan akan datang dapat jumpe.. Insyaallah moga Allah panjangkan lagi usia hamba-MU ini untuk menikmatinya lagi...pejam celik pejam celik 3 hari lagi...ermm...boleh katakan sepanjang pose ni saz selalu la berbuke di masjid..kalu ari mggu lak b'buke umah kak..al-maklum la adik manje kan...hehe...bile makan ramai2 kt msjd tu rse selera sngat tambahan pula suasana pun meriah...dpat mengeratkan silaturrahim antara saudara seislam yang xknl...fak&kos len..amat seronok!!semalam last saz berbuke kat masjid..sedih sngat..bertemu Ramadhan len xdapt dh nk buke kt sne...tahun ni la last pose kt "UKM"..dh final year..huhuhu..cepatnye mse berlalu..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini memberi seribu erti sebagai seorang yang bergelar 'HAMBA ALLAH"
Moga setiap amal ibadat dan kebaikan yang kita lakukan diterima oleh ALLAH S.W.T

Sabda Nabi s.a.w :
* Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi LailatulQadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-NYA supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadat sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain*

*Biskut Laye"

dalam berpuase gak...kita leh lihat banyakla kedai2@bazar Ramdhan yang jual biskut Laye..memang time ni la pakar2 biskut Laye tu nak mula tunjukkan kreativiti masing2...hehe...samela ngan orang yang menulis ni..hehe..dalam cbuk mejalani ibadat puase...xlupe gak pd biskut Laye..dah menjadi adat MELAYU..bile "LAYE JE" buat "BISKUT LAYE"...telo k ap ni?..asyik sebut laye..laye je ni...kui3..saz pun buat kuih Laye gak..tapi tahun ni xla cm tahun lepas..thn ni beberapa jenis je...ha!!nak tau sekut gapo?..antaranye..biskut semperit, biskut conflakes, biskut buttercup ayu & siput.ha!..xlupe gak biskut terbaru yang direka biskut nestum bercip...bEST..HEHE..biskut tunjuk pun ade gak..hehe..biskut Almond n biskut tat..xsmpat kalu nak wak semua..nak rse jemput datang umah Saz ye...nk tnjuk gambr pun nti takut terliur lak puase xhbs ag ni...hihihi..tnjuk lps Laye la...hehe..setakat ni je la kisah biskuT Laye...hihi

*Jom Balik Laye"

Ni entry akhir ku sebelum balik Laye...petang ni dah nak balik umah kak..malam ni bertolak...xsabar nak tgk pntu umah..hehe...yang paling best Laye ni semua adik beradik saz balik..15 orang dapat kumpul bersame..lagi gembire sbb Laye ni kenduri abang Saz...dh lme xbuat kenduri kat Umah..xsabarye..."Penantian itu satu kesabaran"hehe...Jemput datang ye..
Time Laye ni biasenye yang paling sbuk mak la sbb semua anak2 nak makan masakan tangan Mak..hehe..bukan anak malas masak tapi mse ni la nak manje ngan mak...hehehe
RINDU!!!!!!

*BUat Teman2*

Xtau nak tulis ap dah..ingat kt kampung je fikiran ni..huhu...
Ha!!Buat teman2.. dalam bergembira kita menikmati hari eidul fitri ni...Tesis n assgmnt jangan lupe ye...hehe..

k la ye...Sempena bulan yang mulia ini...dan Syawal yang akan menjelang tiba...Saz nak ucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin....segala keterlanjuran kata, terasa hati dan ter...ter..ter...Ampuni la diri ini...kerna diriku bukan Insan sempurna...hanya di selimuti dengan kekurangan...Akulah insan yang bernama Syazana..



Hati sedih Ramadhan pergi...
Syawal tiba gembira menanti...
Kampung halaman tempat merai...
Itulah lumrah orang Islami...

Balik beraye jangan lupai...
Sesama kita maaf-maafi...
Sebagai tanda saling mengingati...
antara kita sebagai Ummati...

Coretanku, sekadar ini...
Buat mengisi ruangan entry...
Salah dan silap maaf ku ucapi...
Hanya itu yang mampu ku isi...

Sunday, September 6, 2009

~ku Dambakan~

Bercerita tentang ramadhan ni..dh separuh bulan kita berpuasa...sempena bulan yang mulia ini..setiap orang dambakan satu malam...begitu juga diriKu..malam ap ye?ermmm...semestinya malam "LAILATUL QADAR"

Lailatul Qadar

Imam Ahmad dan Imam Muslim menceritakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil
dalam sepuluh terakhir Ramadhan

Malam ini teramat istimewa kerana :

Surah Al - Qadr : 1 - 5
.

Bermaksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al - Quran ) pada
malam Lailatul Qadar

Dan tahukah kamu Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan

Pada malam itu turun malaikat - malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar

1. Syed Qutub menjelaskan di dalam Fi Zilalil Quran, bahawa pentingnya malam Lailatul
Qadar adalah kerana peristiwa itu mengingatkan kita pada malam ulangtahun penurunan
Al - Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kehebatan malam ini terlalu agung untuk digambarkan oleh akal manusia.Satu sejarah
komunikasi di antara Langit ( Allah ) dengan bumi ( makhluk ). Di sini bermula
ketentuan hidup manusia. Seolah - olah Al - Quran bercakap, memberi nasihat dan .....
manusia pula menjawab, ' kami dengar dan kami taat '.

2. Ibnu Khatir menjelaskan di dalam kitab tafsirnya bahawa amalan ikhlas yang dilakukan
pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan ( bersamaan ± 83 tahun ) dari
sudut ganjaran pahala.

Oleh itu, alangkah ruginya kita, seandainya kita tidak memberi tumpuan pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan.

3. Imam Bokhari dan Imam Muslim menjelaskan di dalam kitab Hadis mereka :
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh
keikhlasan, InsyaAllah diampunkan dosanya dengan Allah, apa - apa yang dilakukan
pada masa lalu.

Dosa dengan manusia, perlu memohon maaf dari manusia

Pada malam Lailatul Qadar, jumlah para malaikat yang turun ke bumi teramat banyak,
melebihi dari hari - hari biasa. Malaikat turun untuk sama - sama menyaksikan
manusia menghidupkan malam tersebut dengan beribadah. Alangkah beruntungnya
mereka yang ikhlas beribadah, dihampiri dan didoakan oleh para malaikat.

4. Al - Marhum Syed Sabit dalam kitab Fiqh Sunnah menjelaskan bahawa setiap orang
Muslim yang menghidupkan malam sepuluh terakhir Ramadhan adalah semata - mata
mengikut sunnah rasul dan amalan para sahabat; kerana malam tersebut adalah
malam keamanan sejagat yang dijamin oleh Allah s.w.t.

Mungkin ada banyak kelebihan Lailatul Qadar yang tidak dilengkapkan, tetapi tujuan kita
adalah untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah. Semoga kita digolongkan oleh Allah s.w.t.
di dalam kumpulan muttaqin.

Tanda - tanda Malam Lailatul Qadar
a. Cuaca yang tidak terlalu panas dan terlalu sejuk pada malam Lailatul Qadar

b. Malam itu dirahsiakan, kerana Allah mahu melihat siapakah di antara manusia yang
bersungguh - sungguh, mencari dengan penuh ikhlas tanpa jemu - jemu

``marilah same2 kita rebut peluang yang ada ini...kita belum tentu akan bertemu ramadhan seterusnya..hidupkanlah setiap malam dengan Qiammullail...moga kita akan dipertemukan dengan malam'LAILATUL QADAR"

Monday, August 24, 2009

~Tidak ku sangka~

Tatkala tangan ini gagah mengedit assgment...
jAM menandakan pukul 12..
tibe2 hnset di sebelah berbunyi menandakan satu msg masuk...

Aku membaca msg itu terus terperanjAt...

Mulakan harimu dengan sebuah senyuman yang menawan,

lapangkan dadamu dengan selawat dan salam buat Rasul junjungan,
Nabi Muhammad s.a.w..

Harungi setiap ujian dan musibah yang datang dari Allah dengan tenang
dan sentiasa redhainya..

Hepy Besday !!

tIDAk ku sangka..rupanye cempedak udah jadi nangKa..hehe
Hari ni hari lahir ku...

Selepas msg kiriman Adik Saz..
bertalu2 msg dari sahabat2 sehingga la keesokannYA..

Aku termenung sejenak...
Mata mula bergenang...
Ntah kenapa ?
Hati bergelodak duKA...
Bukankah setiap insan itu gembira dengan kehadiran hari lahir..
Walaupun diriKu juga..

Namun...
Mengingatkan ku pada satu hadis Rasulullah s.a.w yang pernah ku baca pada blog Ustazah..

Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat nanti sehingga kepadanya ditanya tentang lima perkara:

1. Tentang umurnya ke mana dia habiskan
2. Tentang masa mudanya ke mana dia pergunakan
3. Tentang hartanya dari mana dia perolehi
4. Dan ke mana ia belanjakan
5. Tentang ilmunya apakah yang dia amalkan.

(Hukum hadith: Sahih)

~hati mula berkata2..Adakah diri ini telah melengkapi kelima perkara itu ke arah kebaiKaN??sUKAR untuk ku tafsirKAN...hANya DIA
penentu segalanya..
~Aku mengharapkan hari2 yang kulalui ini kebaikan mengatasi keburukan..
moga setiap detik,saat,minit,jam yang berLalu...
meningggaLkan satu manfaaT bagiKU...
~Bukan hadiah yang kuharapkan...
~Bukan emas permata kuinginkan...
~Dari mereka yang mengingatI hari ini...

NaMUn>>>

Cukuplah sekadar hadiahi untuKku...Al-fatihah..
sebagai tanda pujIAn buat TUHAN yang ESA..
yang masih memberi peluang diri ini bernafas..
untuK menyusuri dunia-NYA...

uMUR tidaK berkurang
Masa laju Berjalan
Harta menjadi carian
Ilmu yang ku dambakan

`BUAT sahabat2 seMua syukran kerana mengingaTI..
mOGA doa2 kalian pintu kemudahan untuKku..
menjalani hari-hari mendatang...UHIBBUKUM..

Sunday, August 23, 2009

~Tak Nak Puasa!!~

~~Bercadang untuk tidak berpuasa~~
Kisah ini dipetik dari ILUV ISLAM..min uSTAZ Hasrizal...JoM kita sama2 baca dan renungi..janganlah sekali2 kita cuba untuk tidak berpuasa ye...sedangkan sudah kita ketahui besarnya pahala puasa itu...baca jangan x baca...hehe

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai sahabat2, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA...
Nak jadi orang ber"TAQWA"...mestilah kita lakukan dua perkara yakni 'TAAT' kepada perintah ALLAH dan juga kita menghindari dari maksiat..iaitu maksiat zahir dan batin...Marilah sama2 kita sucikan hati dengan melakukan kebaikan lebih2 lagi dibulan yang RAMADHAN yang mulia ini...

Friday, August 21, 2009

~Puasa~

~sELAmat berpuasa buat semua~MOGA Ramadhan kali ini dipenuhi dengan RAHMAT DAN MAQFIRAH DARINYA...Jom!!!sama2 kita hidupkan bulan ramadhan yang mulia ini "Amar Ma'ruf Nahi Munkar"Jangan lupa g solat terawih ye sahabat2...

Thursday, August 20, 2009

~Setitis Embun di mata~




Tangan ini masih mampu menaip walaupun mata sudah mula berkelip2...
menandakan tibenya waktu untukku beradu...

Ditemani hujan yang lebat...
kedinginan yang menyelimuti diri...
membuatkan mata ini sukar untuk ditutupi...

Satu persoalan yang belum kutemui penyelesaiannye..
masih bermain2 di segenap akalku..
bila ia akan berakhir..
bUkan aku penentu jawapannya..

Mata ini hanya mampu menangis..
bila hati berbicara tentangnya..
Mulut hanya mampu berdoa..
Memohon pada yang ESA..

Ya Allah...Ya Rahman..YA Rahim..

Aku ingin menjadi sebaik2 hamba disisiMU..
TIDAK mengeluh dengan ujianMU..
menghadapinya dengan tabah..
menerimanya dengan sabar..

Ya Allah...
Mana yang terbek untukku..
Engkau penentu buatku..

Ya Allah
Engkau peneman tangisanku..
Saat senang dan susahku..
Aku sentiasa merinduiMU..

~Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tamim Bilkhair~


*Semoga ALLAH SWT menjadikan airmata yang jatuh di sudut-sudut mata kita
adalah airmata yang berharga di sudut pandangan-NYA*

Tuesday, August 18, 2009

~Membilang Hari...~






Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

MARILAH KITA SAMA-SAMA ISIKAN RAMADHAN INI DENGAN ALUNAN ZKIR2,AYAT SUCI AL-QURAN SERTA MEMPERBANYAKKAN AMALAN-AMALAN KEBAJIKAN...SESUNGGUHNYA RAMADHAN ITU PENUH DENGAN KEMULIAAN...