Sunday, September 6, 2009

~ku Dambakan~

Bercerita tentang ramadhan ni..dh separuh bulan kita berpuasa...sempena bulan yang mulia ini..setiap orang dambakan satu malam...begitu juga diriKu..malam ap ye?ermmm...semestinya malam "LAILATUL QADAR"

Lailatul Qadar

Imam Ahmad dan Imam Muslim menceritakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil
dalam sepuluh terakhir Ramadhan

Malam ini teramat istimewa kerana :

Surah Al - Qadr : 1 - 5
.

Bermaksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al - Quran ) pada
malam Lailatul Qadar

Dan tahukah kamu Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan

Pada malam itu turun malaikat - malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar

1. Syed Qutub menjelaskan di dalam Fi Zilalil Quran, bahawa pentingnya malam Lailatul
Qadar adalah kerana peristiwa itu mengingatkan kita pada malam ulangtahun penurunan
Al - Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kehebatan malam ini terlalu agung untuk digambarkan oleh akal manusia.Satu sejarah
komunikasi di antara Langit ( Allah ) dengan bumi ( makhluk ). Di sini bermula
ketentuan hidup manusia. Seolah - olah Al - Quran bercakap, memberi nasihat dan .....
manusia pula menjawab, ' kami dengar dan kami taat '.

2. Ibnu Khatir menjelaskan di dalam kitab tafsirnya bahawa amalan ikhlas yang dilakukan
pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan ( bersamaan ± 83 tahun ) dari
sudut ganjaran pahala.

Oleh itu, alangkah ruginya kita, seandainya kita tidak memberi tumpuan pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan.

3. Imam Bokhari dan Imam Muslim menjelaskan di dalam kitab Hadis mereka :
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh
keikhlasan, InsyaAllah diampunkan dosanya dengan Allah, apa - apa yang dilakukan
pada masa lalu.

Dosa dengan manusia, perlu memohon maaf dari manusia

Pada malam Lailatul Qadar, jumlah para malaikat yang turun ke bumi teramat banyak,
melebihi dari hari - hari biasa. Malaikat turun untuk sama - sama menyaksikan
manusia menghidupkan malam tersebut dengan beribadah. Alangkah beruntungnya
mereka yang ikhlas beribadah, dihampiri dan didoakan oleh para malaikat.

4. Al - Marhum Syed Sabit dalam kitab Fiqh Sunnah menjelaskan bahawa setiap orang
Muslim yang menghidupkan malam sepuluh terakhir Ramadhan adalah semata - mata
mengikut sunnah rasul dan amalan para sahabat; kerana malam tersebut adalah
malam keamanan sejagat yang dijamin oleh Allah s.w.t.

Mungkin ada banyak kelebihan Lailatul Qadar yang tidak dilengkapkan, tetapi tujuan kita
adalah untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah. Semoga kita digolongkan oleh Allah s.w.t.
di dalam kumpulan muttaqin.

Tanda - tanda Malam Lailatul Qadar
a. Cuaca yang tidak terlalu panas dan terlalu sejuk pada malam Lailatul Qadar

b. Malam itu dirahsiakan, kerana Allah mahu melihat siapakah di antara manusia yang
bersungguh - sungguh, mencari dengan penuh ikhlas tanpa jemu - jemu

``marilah same2 kita rebut peluang yang ada ini...kita belum tentu akan bertemu ramadhan seterusnya..hidupkanlah setiap malam dengan Qiammullail...moga kita akan dipertemukan dengan malam'LAILATUL QADAR"

0 comments: