Tuesday, April 14, 2009

~Salam kembali ~


Alhamdulillah...hari ini baru la saya berpeluang untuk bermonolog lagi...rasanye dah seminggu tidak mengisi ruangan ini...huh...! mugkin ia satu keluhan buat saya seorang mahasiswi...moga keluhan itu bukanlah keluhan kerana penat tetapi satu keluhan kerana penghujug sem6 makin tiba...saya rasakan belum puas lagi berada di sem ini tapi masa tidak akan bertambah dan yang lepas tidak mungkin akan kembali...saya harapkan segala kebaikan yang saya perolehi diredhai oleh-Nya dan segala kekurangan moga diberi petunjuk untuk memperbaikinya.

rasa sedih pulak untuk meninggalkan sem nih!...adakah betul2 dapat mengutip segala ilmu yang dicurahkan oleh ustaz2 dan ustazah...?mampukah untuk saya amalkan semuanya demi memperoleh kemanisan ilmu tersebut..?moga Allah membuka hati ini untuk mencapai kemanisan itu semanis syurga bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya...

bila dihitung jari, debaran 21 makin terasa...debaran apa tu? yang pasti bukan hari bertunang @ kahwin... exam final la...hehe...tarikh exam makin menghampiri diri ini...hanya tinggal 7 hari lagi untuk sy membuat persediaan..bukan sebelum ini x bersedia tapi selagi belum tiba hari untuk sy berjuang selagi itulah persediaan dan usaha saya masih belum ada noktah...walaupun perjuangan ini bukan melibatkan nyawa tapi ia diibaratkan sebagai jantung yang berhenti denyutannya...segala usaha yang sy lakukan hanya Allah yang memerhati dan menilai-Nya..

saya ucapkan terima kasih kepada semua ustaz2 , ustazah dan sahabat2 yang banyak membantu sepanjang sem ini...semoga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dan Insyaallah mendapat balasan yang setimpal daripada Allah - balasan pahala yang mencurah-curah oleh -Nya...hanya DIA yang Maha Mengetahui keikhlasan hamba-hamba-NYA ..Buat sahabat2 yang disayangi juga syukran awi2..kerana sama bersusah dan bekerjasama dalam menuntut ilmu dan menyiapkan assgment..HEHE

Jangan lupa doakan syaz gak ye...:) syaz exam bermula 21/4-7/5...sama2 kita usaha...study tau jange stado lak...hehe..buat peta minda xpe asalkan jangan peta yang satu lagi tu......hihihi
Bittaufiq wa najah :)

P/s: segala usaha yang kita lakukan mestilah di susuli dengan doa dan bertawakallah kepada Allah...sama2lah kita jadikan Qiamullail sebagai waktu untuk kita memohon dan bermunajat padaNYA... sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan pencipta yang menjadikan kita masih bernafas di bumi-NYA ini-ALLAHUAKBAR....amiiiiiinnn!!!!

0 comments: